Rabu, 18 Disember 2013

Disebalik diam


Terasa sunyi mencengakam dada
seperti tercari cari hadir nya yang tak pasti
adakala mutiara jernih menemani 
adakala hanya mendongakat ke langit biru
mencari ketenagnan

Kadang hati berdebat hebat
Jiwa meronta melepaskan sesuatu yang tak terungkap
Ya Allah
aku leka dalam buaian alam yang mempersona
di kala ku sedar di hamparan sejadah mu
rembesan mutiara ku alun bersama dalam leka ku

Ke alpaan ku menjauh dari Mu
tapi Engkau tak pernah berputus asa
tetap memberiku peluang dalam mencari diri ku
tetap membimbing aku dalam kekhilafan ku
tetap bersama walau berlumur noda noda hitam yang cela

Ku mohon petunjuk serta  hidayah Mu
untuk Mu sentiasa bersama dalam destinasi kehidupan ku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan