Jumaat, 20 Disember 2013

Terluka Lagi

Hatiku terluka lagi
Tiada kata dapat ku ungkap
Tiada rasa dapat ku lepaskan
Aku diam membisu

Permata permata jernih menemani
bibir tersenyum walau hati kepedihan
benar kata orang
hati wanita terlalu teguh
walau hirisan demi hirisan meyelit kedasar hati

Ku pujuk hati yang lara
Ku alun zikir rindu pada Pencipta
Ku yakin ini ada kifarah Nya terhadap dosa ku
Ku tetapkan langkah ku
Ku serahkan apa jua kehendak Nya

Akan ku tetap berdiri melangkah
Akan ku tetap merangkak andai aku tidak mampu berdiri
Tiada kata putus asa
Biarlah yang Maha Esa lebih mengetahui.
Kerana kehidupan adalah perjuangan



Coretan Hati  7483

Tiada ulasan:

Catat Ulasan