Adakah tapak tanganmu
berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan
Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu
menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan
Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana
kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah
kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu
bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu
mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu
mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan
Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi
untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi Adakah
kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH
CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa
dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu
menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah
hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira
ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan
menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya
CINTA. ...
Yang pasti CINTA kepada ALLAH itu adalah lebih KEKAL dan ABADI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan