Ku hadapi segala dengan ketabahan
suka duka semalam jadikan panduan dalam kehidupan
masa mematangkan aku
kesakitan dan keperitan
mengajar aku tentang kehidupan
tiada kekekalan abadi kecuali sang pencipta
ku hadapi semua dengan rela
ku lemparkan senyuman tanda ku redha
kehidupan tak selalu indah namun jangan sangka tiada penghujung
kerana janji ilahi selalu di tepati
ku tadah tangan,ku rendahkan hati ku,ku sujud padaMu
kerana telah Engkau tulis jalan kehidupan ku sejak azali
pandulah hatiku,tunjukanlah jalanku menuju jalan yang Engkau redhai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan