Isnin, 25 November 2013

Noktah Kehidupan

Seandai dapat di hitung waktu
terlalu kerdil diri ku
terlalu banyak waktu berlalu tanpa erti
terlalu diri ku penuh dengan kekurangan

Tiap detik masa yang berlalu
adakala diri ku tiada makna
adakala aku leka dalam buaian fatamorgana kehidupan
adakala kehidupan penuh dengan sisa sisa yang tiada erti

Ah...Kehidupan aliran alam
duduk bangun rebah malah mesti jua di teruskan
selagi masa masih berdetik
selagi hayat di kandung badan
selagi Allah memberi kudrat
Akan ku terusakan hingga ke akhir nafas yang mampu

Selagi belum noktah di hujung kehidupan
Berdirilah..berlarilah gapai kehidupan di bawah lindungan Nya jua.

Done; RA  (03.04.2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan